30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adira Suhaimi Sarung Gaun Pengantin, Komen Datuk Red Undang Perhatian – ‘Cantiknya..Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya’

    Shopee Sale

    Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh penyanyi Adira Suhaimi di akaun media sosial miliknya telah meraih perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Sumpah Aku Tak Cari Lain, Akan Kembali Menjadi Suami Bertanggungjawab’ – Datuk Red

    MENARIK:  ‘Saya Tak Pernah Bezakan Anak-Anak, Sayang Semua Sama Je’ – Abby Abadi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Hargai Usaha Adira, Gembira Dapat Rai Hari Lahir Bersama 10 Anak – ‘Andai Kita Tak Ada Jodoh & Usia Saya Singkat ..’

    Gaun pengantin?

    " data-video-id="7534664442613730578" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @adirasuhaimi.ami

    ♬ Sebentar – Adira Suhaimi

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Adira kelihatan jelita menyarung busana pengantin berwarna putih dalam satu sesi fotografi.

    Di ruangan komen, bekas suami kepada Adira iaitu Datuk Red dilihat turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

    MasyaAllah cantiknya, memang tak padan langsung dengan saya.

    Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.

    Bagaimanapun, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu tetap reda andai tiada jodoh lagi di antara dia dan Adira.

    Dan kalau awak ada jodoh dengan orang lain yang lagi padan, saya doakan dan reda.

    Jawapan Adira

    View this post on Instagram

    A post shared by 𝔸𝔻𝕀ℝ𝔸 𝕊𝕌ℍ𝔸𝕀𝕄𝕀 (@adira.suhaimi)

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Pujaan Hati itu kemudian membalas komen yang ditinggalkan Datuk Red dan turut mendoakan bekas suaminya itu.

    Dia mula dah. Sama saya pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak.

    Semoga awak mendapat jodoh yang baik.

    Sekadar info, Datuk Red dan Adira bercerai pada 23 April 2024.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6 dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    Sumber: TikTok Adira

    The post Adira Suhaimi Sarung Gaun Pengantin, Komen Datuk Red Undang Perhatian – ‘Cantiknya..Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah