32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adira Suhaimi Ditegur Netizen Sediakan Sangkar Sempit Untuk Kucing – ‘Terkena Panas & Hujan’

    Shopee Sale

    Tindakan penyanyi, Adira Suhaimi memberi sangkar kecil buat kucing peliharaannya mencetus perbualan hangat di media sosial selepas dianggap penjaga yang tidak bertanggungjawab.

    Artikel Berkaitan: Adira Nafi Pernah Dicakar & Diterajang Bekas Madu – ‘Bukan Saya, Nak Jawapan Tanya Tuan Badan’

    Artikel Berkaitan: ‘Sepanjang Hidup, Saya Tak Pernah Beraya Dengan Ayah’ – Adira Suhaimi

    Rumah kucing

    Video yang dimuat naik oleh Adira mendapat pelbagai respons daripada netizen antaranya, menyatakan penyanyi itu sepatutnya memberi penjagaan yang baik kepada kucing peliharaannya memandangkan dia berkemampuan.

    Netizen turut menegur Adira dengan mengatakan kucing tidak sepatutnya diletakkan dalam sangkar dan dibiarkan terkena tempias panas dan hujan.

    Saya pasti Adira mampu untuk memberi penjagaan yang sebetulnya. Tetapi saya tidak salahkan Adira sepenuhnya sebab memang budaya dan pemikiran orang kita, haiwan sangat sinonim dengan sangkar.

    Sedangkan sangkar untuk kucing merupakan satu penganiayaan haiwan sebab kucing tidak boleh menjalankan keperluannya bergerak bebas.

    Dalam pada itu, netizen turut memberikan cadangan supaya menyediakan ruang atau bilik khas untuk kucing supaya memudahkan ia untuk bergerak.

    Bina catio kucing sebesar satu bilik yang bersambung dengan dapur di rumah.

    Kucing boleh keluar dapatkan outdoor atau matahari tanpa kita risau dia keluar sampai ganggu jiran.

    Jelasnya, penggunaan sangkar sepatutnya digunakan untuk kuarantin kucing yang sakit secara sementara.

    MENARIK:  ‘Cari Pasangan Yang Menegur Ke Arah Kebaikan, Bukan Jadikan Kita Kufur’ – Nora Danish

    Sumber: Threads

    The post Adira Suhaimi Ditegur Netizen Sediakan Sangkar Sempit Untuk Kucing – ‘Terkena Panas & Hujan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah