
Isteri kepada pelakon Azlan Komen iaitu Nur Nilam Ortiz menjelaskan salah faham berkenaan video ultrabunyi yang dimuat naik di media sosialnya baru-baru ini.
Bukan hamil
Replying to @y a R R memang tak nampak la sebab bukan kantung???
? original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz
Menerusi hantaran di TikTok, Nilam memaklumkan bahawa dia tidak hamil, sebaliknya dia ke sebuah pusat rawatan adalah untuk melakukan imbasan serta pemeriksaan kesihatan.
Memang tak akan nampak kantung sebab saya bukan mengandung saya pergi scan itu untuk buat pemeriksaan fibroid dan cyst.
Video Azlan

Mengulas lanjut, Nilam berkata, tujuannya memuat naik video berkenaan adalah kerana dia berasa terharu apabila melihat Azlan meletakkan fotonya di belakang telefon bimbit.
Sebenarnya, Azlan sedang ambil video dan saya ternampak dekat belakang telefonnya ada gambar saya.
Saya rasa itu sangat ‘sweet’, kemudian saya rekod dan muat naik. Jangan salah faham saya tak mengandung.
Perancangan itu ada, cuma belum hamil lagi .Terima kasih doakan kami.
Terdahulu, Nilam dan Azlan dihujani dengan ucapan tahniah berikutan perkongsian video ultrabunyi tersebut yang disangkakan pemeriksaan kandungan.
Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.





