25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adira Beri Respon Selepas Ditegur Keluar Bekerja Dalam Tempoh Edah – ‘Kalau Duduk Rumah, Anak 4 Orang Siapa Nak Bagi Makan?’

    Shopee Sale



    Adira Suhaimi

    Seorang individu mempersoalkan tindakan penyanyi Adira Suhaimi yang keluar bekerja meskipun belum habis tempoh edah selepas diceraikan bekas suami, Datuk Red pada 23 April lalu.

    Kerja untuk sara keluarga

    Adira Suhaimi

    Tampil menjawab pertanyaan tersebut, pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 33, memberitahu dia perlu bekerja bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara empat orang anaknya.

    Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.

    Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak. Anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?

    Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan.

    Adira menjelaskan mengenai perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyokong kenyataan yang dibuat pelantun lagu Ku Ada Kamu itu.

    Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

    MENARIK:  Netizen Bongkar Wanita Pekak & Bisu Didakwa Jual Konten ‘Nakal’ Di Media Sosial

    Adira bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah iddah dan mutaah daripada Datuk Red kerana memahami keadaan bekas suami yang mengalami masalah kewangan.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

    Video

    " data-video-id="7372456261754834193">
    @adirasuhaimi.ami Replying to @DKay awas eh dekkk awak terbaik awak no syatu ! satu video tuk adikk #fyp ? original sound – adirasuhaimi.AMI

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah