
Adik kepada pempengaruh media sosial, Nur Sajat iaitu Mustika mencuri perhatian apabila mendakwa anaknya, Lisa dimarahi dan ditengking oleh sekumpulan guru.
Anak diherdik guru?

Menerusi Instagram (IG), Mustika memuat naik video seorang guru yang memarahi Lisa sambil menuding jari ke arah anaknya itu yang sedang menangis teresak-esak.
Kedengaran juga guru tersebut yang berkali-kali mengherdik dan mendesak Lisa untuk mengakui kesalahan yang tidak dilakukannya.
Cakap betul-betul, cikgu itu buat awak atau tak buat?
Lepas ini jangan tuduh cikgu macam-macam. Awak tak nak sekolah, cakap sendiri dekat mak awak.
Tapi jangan tuduh cikgu buat itu, buat ini pada awak. Tuduh cikgu macam macam.
Nanti mak awak serang cikgu.
Cikgu tak nak berjumpa?

Menerusi perkongsian yang sama, Mustika turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp yang meminta penjelasan daripada guru tersebut.
Walau bagaimanapun, guru tersebut didakwa telah memadam hantaran mesej dihantar Mustika.
Allah tunjukkan bukti nyata.
Empat ke lima orang cikgu kepung dia, panggil satu kelas suruh cakap yang Lisa tipu sambil dirakam di kantin yang penuh dengan pelajar yang ada kelas tambahan.
Ini ke cara cikgu berurusan dengan mak bapak?
Cikgu itu padam mesej saya, sepi tanpa penjelasan.
Dia tak ada keluarga macam orang lain, kenapalah dilayan begitu?
Perkongsian Mustika itu bukan sahaja menyorot perhatian netizen malah mendapat perhatian pempengaruh dan aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Cikgu Mohd Fadli Salleh.





