25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Profesional, Bakal Sepentas Lagi Dengan Amy Search – ‘Industri Kita Kecil Saja’

    Shopee Sale

    Bakal sepentas dengan lagenda rock, Amy Search dalam satu acara tidak lama lagi, penyanyi iaitu Shila Amzah memaklumkan dirinya akan bersikap profesional dalam menjalankan tugas.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Ella Atau Awie Tetapi Bapa Nabila Huda’ – Shila Amzah

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Minta Henti Kaitkan Nabila Huda, Dakwa Ada Individu Yang Menjadi Dalang?

    Akan tingkatkan keselamatan

    View this post on Instagram

    A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

    Menurut Shila atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Amzah dia tidak melihat situasi itu sebagai satu masalah untuknya menjalankan tugas namun bercadang untuk meningkatkan tahap keselamatan dirinya.

    Apa yang boleh dikatakan ialah saya seorang yang profesional dan tetap akan jalan tugas. Industri kita ini kecil saja dan kita kena pandai jaga diri.

    Sepanjang 25 tahun dalam industri, tak pernah sama sekali berlaku perkara sebegini dalam hidup saya dan sudah tentu ada timbulnya rasa ‘insecurities’ itu.

    Cuma kita mungkin minta pihak klien untuk pastikan keselamatan terjaga atau mungkin kita sendiri yang akan sediakan pengawal peribadi.

    Shila berkongsi perkata tersebut ketika ditemui selepas konsert ‘Raise The Star Malaysia’ yang diadakan di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Titip Nasihat Lepas Lihat Jofliam & Cik Epal Gaduh – ‘Jangan Letak Diri Sebagai Suami Atau Isteri, Tapi Sahabat’

    Shila profesional

    Tambah pelantun ‘HidayahMu’ itu lagi, pihak penganjur berhak memilih sesiapa sahaja selebriti yang mereka mahukan bagi memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan.

    Pada saya klien berhak untuk memilih siapa mereka nak undang dan saya tak akan letakkan syarat seperti kalau ada saya, tak boleh ada dia.

    Tapi seandainya beliau memang tak suka keberadaan saya dan mungkin akan maklumkan kepada klien, itu atas dialah.

    Tapi pada saya, saya okay saja.

    Pada Ahad, Shila mengesahkan individu yang didakwa menyerangnya ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, pada Khamis.

    Susulan itu, Shila membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang penyanyi legenda lelaki tersebut. 

    The post Shila Amzah Profesional, Bakal Sepentas Lagi Dengan Amy Search – ‘Industri Kita Kecil Saja’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah