31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adab Melintas Di Hadapan Orang Solat: Mengapa Penghalang Saf Itu Penting?

    Shopee Sale

    Kekangan ruang di masjid sering kali memaksa kita melintas di hadapan jemaah lain, namun tindakan tersebut perlulah berlandaskan adab dan hukum Islam demi memelihara kesucian ibadah sesama Muslim.

    Artikel Berkaitan: Hukum Rawatan Laser Mengetatkan Faraj, Harus Atau Haram?

    Artikel Berkaitan: Sahkah Solat Jika Dahi Berlapik Telekung Ketika Sujud? Ini Penjelasannya

    Ianya dilarang

    Menurut dalil yang sahih daripada hadis Nabi Muhammad S.A.W., menunjukkan bahawa perbuatan melintas di hadapan orang yang sedang solat adalah dilarang.

    Seandainya orang yang melintas (lalu) di hadapan orang solat dan dia mengetahui tentang dosanya, maka pastilah menunggu selama 40 lebih baginya daripada lewat di depannya.

    Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, anda disarankan agar memilih tempat solat yang tidak berisiko dilalui orang lain.

    Salah satu langkah praktikal ialah dengan meletakkan penghalang atau sutrah di hadapan anda, yang boleh berupa buku, beg tangan, pensil, atau apa-apa sahaja yang mudah dilihat.

    Dengan adanya sutrah, ia memberi isyarat bahawa ruang tersebut sedang digunakan untuk menunaikan solat, dan orang lain tidak boleh melintas di hadapannya, kecuali melalui had penghalang yang dibenarkan.

    MENARIK:  Jangan Lepaskan Peluang Untuk Ke Acer Day 2024, Ada Diskaun Sehingga 95%!

    Hendaklah gunakan sutrah

    Penggunaan sutrah disokong oleh sunnah Nabi S.A.W., sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim, yang menunjukkan kepentingannya dalam menjaga khusyuk solat.

    Janganlah kalian solat kecuali menghadap sutrah (pembatas) dan jangan benarkan seseorang melintasi di depanmu.

    Daripada Abi Said Al-Khudri r.a, Nabi S.A.W. bersabda bahawa apabila seseorang itu sedang menunaikan solat, dia hendaklah menggunakan sutrah, dan tidak membiarkan sesiapa pun melintas di hadapannya.

    Apabila kalian solat maka gunakan sutrah (pembatas) dan hendaklah mendekat dan jangan membiarkan seseorang lalu di tengahnya.

    Sehubungan itu, para ulama fiqh turut menetapkan bahawa jarak antara orang yang solat dengan sutrah ialah 3 zira’ (hasta), dan jika jarak ini dipatuhi, orang lain tidak dibenarkan melintas di hadapannya.

    Sekiranya tiada sutrah yang boleh digunakan, ukuran jarak 3 hasta tetap dijadikan panduan, dan sesiapa sahaja yang melintas di hadapan orang yang sedang solat melebihi jarak ini, ia tidak dianggap melanggar larangan.

    Sumber: Kashoorga, Facebook Ritha FitriAniy

    The post Adab Melintas Di Hadapan Orang Solat: Mengapa Penghalang Saf Itu Penting? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah