Pelakon Kamal Adli, memanfaatkan platform Threads sebagai salah satu cara untuk membantu insan yang berada dalam kesusahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dia Sekarang Sudah Boleh Panggil Saya Ayah’ – Kamal Adli
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Uqasha Senrose, Semoga Diberi Kebahagiaan Oleh Allah & Menjadi Ibu Terbaik’- Kamal Adli
Bantu netizen

Ketika ditemui , Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkongsi bahawa ramai individu yang sedang berdepan dengan masalah kewangan.
Menyedari akan kepayahan hidup yang dialami, Kamal memilih untuk meringankan beban mereka dengan menghulurkan wang.
Yang minta bantuan ramai. Saya baru tahu ramai rupanya yang sedang berdepan dengan masalah wang ringgit.
Ada yang minta pinjam, ada yang minta infak. Yang mana boleh saya tolong, saya tolong tapi tidaklah menunjuk.
Mereka juga tidaklah sampai melampaui batas (meminta bantuan).
Menurut Kamal, tindakannya itu hanyalah sekadar ingin membantu meskipun berkemungkinan ada pihak yang mengambil kesempatan terhadapnya.
Cuma ada yang saya terlalu kasihan, ada yang hantar gambar keluarga dan minta hanya RM50 sahaja untuk beli susu.
Yang bagi QR pun saya beri sahaja, tak kisahlah duit itu pergi dekat mana asalkan niat kita betul.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Terhangat Melodi yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Tambah bapa kepada seorang anak ini, di platform tersebut dia juga bertemu dengan ramai individu yang berseloroh untuk menjadikannya suami.
Macam-macam orang dekat situ, ada yang ajak kahwin dan nak hantar meminang. Yang nak kenalkan adik mereka dekat saya pun ada.
Tapi saya faham mungkin mereka ada yang bergurau sahaja.
Bagaimanapun, Kamal bersyukur kerana platform media sosial itu secara tidak langsung telah membuka pintu rezeki buatnya.
Sebenarnya dari situ, ia membuka pintu rezeki buat saya. Contohnya, ada beberapa jenama yang mahu bekerjasama. Alhamdulillah.
Tapi tetap perlu menjaga penulisan kita, jangan menghina orang.
The post ‘Ada Yang Minta Hanya RM50 Untuk Beli Susu Anak’ – Kamal Adli Guna Threads Hulur Bantuan first appeared on OHBULAN!.





