Penyanyi Idayu mengakui kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri muzik mampu menghasilkan karya yang berkualiti tinggi namum tidak mampu menandingi sentuhan kreatif manusia.
Artikel Berkaitan: Anis Suraya Tak Akan Kembali Ke Industri, Kini Bergelar Pensyarah Di Terengganu – ‘Nyanyi Di TikTok Lepaskan Rindu’
‘Ada sahaja lagu AI yang bagus’

Ketika ditemui , Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 41, menegaskan bahawa meskipun AI mampu mencipta karya yang baik dari segi teknikal, ia masih belum mampu menyampaikan elemen emosi dan penghayatan yang menjadi jiwa utama dalam sesebuah lagu.
Ada sahaja lagu AI yang bagus, kadang-kadang saya pun terkejut sebab power boleh hasilkan karya yang komposer lama tak boleh lakukan.
Cuma kekurangan adalah dari segi emosi dan rasa itu sendiri.
Dalam masa sama, Idayu tidak menafikan penggunaan AI boleh memudahkan proses penciptaan lagu dan dijadikan sebagai sumber idea oleh sesetengah komposer.
Kalau dari segi kesenangan dan kemudahan, mungkin sebab kalau tak silap saya ada sahaja komposer yang menggunakan bantuan AI. Kadang-kadang boleh pakai idea dari AI. Cuma dari segi rasa saja kurang.
Sebenarnya saya pun dapat banyak lagu AI, tapi lagu AI ini tak boleh masuk Anugerah Juara Lagu (AJL).
Ujarnya lagi, walaupun teknologi itu membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk menghasilkan muzik, ia tetap tidak mampu menggantikan nilai seni sebenar yang lahir daripada perasaan manusia.
Sesiapa sahaja boleh jadi penyanyi dengan bantuan AI tapi teknologi ini tidak memberi rasa. Nyanyian itu tiada penghayatan dan rasa kosong sebab dia hanyalah robot.
Saya tak pernah guna AI daripada lagu pertama saya dulu.
The post ‘Ada Je Lagu AI Yang Bagus, Cuma Dari Segi Emosi & Rasa Itu Tiada’ – Idayu first appeared on OHBULAN!.





