29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abby Abadi Bersuara Isu Nikah Di Thailand Meningkat, Sifatkan Undang-Undang Poligami Malaysia Lemah – ‘Lelaki Tak Ambil Peduli Hal Tanggungjawab’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil meluahkan pandangannya berhubung pelaksanaan undang-undang poligami di Malaysia yang dilihat meningkat.

    Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Sudi Datang’ – Abby Abadi Gembira Sambut Aidildaha Dengan Marissa Dania

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Tegur Peniaga Online ‘Post’ Makanan Guna Kotak Sangkar Hamster – ‘Tak Senonoh, Tolong Perbaiki’

    Undang-undang lemah

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, seorang individu berkongsi mengenai peningkatan jumlah pasangan dari Malaysia yang memilih untuk bernikah di Thailand.

    Dalam pada itu, individu terbabit turut menitipkan pesanan agar golongan lelaki tidak mengambil jalan mudah sebaliknya mendapatkan restu keluarga sebelum mendirikan rumah tangga.

    ‘Jumlah pasangan Malaysia bernikah di Selatan Thailand meningkat dua kali ganda musim cuti panjang ini.’

    Ini semua lelaki-lelaki tak guna yang tak dapat restu keluarga, bawa anak dara orang kahwin suka-suka di Siam dengan menunggang hukum Islam.

    Balik-balik nanti buat muka tak bersalah depan keluarga atau isteri pertama.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut mencetuskan reaksi Abby Abadi, 48, yang meluahkan rasa berang terhadap undang-undang poligami yang disifatkan lemah.

    MENARIK:  Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Ni? Jom Ke DUDUK PLAYGROUND, Banyak Aktiviti Best!

    Menurut Abby, undang-undang sebegitu membuatkan segelintir lelaki lebih berani mengambil keputusan tanpa memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul sekali gus menyusahkan pihak lain.

    Longgar sangat undang-undang berkaitan poligami di Malaysia.

    Sangat lemah sampai orang lelaki tak takut langsung dan tak ambil peduli hal tanggungjawab.

    Sesuka hati dan lepas itu menyusahkan orang.

    Sumber: Threads @abbyabadi_112

    The post Abby Abadi Bersuara Isu Nikah Di Thailand Meningkat, Sifatkan Undang-Undang Poligami Malaysia Lemah – ‘Lelaki Tak Ambil Peduli Hal Tanggungjawab’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah