33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Han So Hee Ditahan Polis, Buka 12 Pusat Judi Haram

    Shopee Sale



    Ibu kepada pelakon terkenal Korea Selatan, Han So Hee dikhabarkan telah ditahan pihak berkuasa selepas didakwa mengusahakan pusat judi haram.

    Ibu Han So Hee ditahan polis

    Memetik laporan Koreaboo, suspek didakwa telah membuka sebanyak 12 premis judi yang meliputi beberapa kawasan termasuk Ulsan, Wonju dan banyak lagi sejak tahun 2021.

    Difahamkan, wanita ini telah mengupah seorang individu untuk menjalankan bisnes haramnya itu.

    Ibu Han So Hee mempunyai banyak rekod jenayah sebelum ini, termasuk penipuan, denda kerana perjudian haram, dan banyak lagi.

    Untuk info, selepas ibu bapanya bercerai, aktres yang membintangi drama My Name itu tinggal bersama neneknya sejak berusia 5 tahun. Dua beranak itu dikatakan jarang berhubung antara satu sama lain.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Cover’ Lagu Kehilangan, Suara Matin Dipuji Netizen – ‘Sedap Weh, Dia Ada Vibrato’

    Sebelum ini, nama Han So Hee menjadi bualan hangat di media sosial susulan skandal hutang yang membabitkan ibunya selain mendedahkan telah melunaskan sebahagian daripada hutang tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah