
Seorang lelaki yang didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan seorang guru sekolah tampil bersuara selepas kisahnya tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.
Artikel Berkaitan: Buat Hubungan Terlarang Dalam Kereta, Lelaki & Remaja Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: Baru 7 Bulan Kenal Di WeChat, Janda Anak Satu Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Muda
Mengaku silap

Lelaki berstatus suami yang dikenali sebagai Abang Wiring itu mengakui silapnya kerana telah melakukan perkara tidak senonoh.
Katanya, dia akan menceritakan perkara sebenar dan menganggap insiden itu sebagai ujian hidup.
Untuk kes yang viral fasal saya, saya akan huraikan satu persatu setiap kronologi yang berlaku untuk kefahaman semua pihak.
Saya akan bersihkan semua nama saya. Setiap manusia melakukan kesilapan, saya mengaku salah dan silap saya. Ini ujian untuk diri saya.
Dalam pada itu, Abang Wiring mohon orang ramai supaya tidak mengheret keluarga dalam isu tersebut kerana mereka sama sekali tidak bersalah.
Nak teruskan kecam silakan, tiada masalah. Tapi tolong jangan babitkan anak dan ahli keluarga. Tolong asingkan bab kerja dan hal peribadi.
Nak cakap, dosa dengan Tuhan kita boleh bertaubat tapi kalau dosa dengan orang selagi orang tak ampunkan, Allah tak akan ampunkan.
Hati-hati dalam memberi komen dan menyebarkan sesuatu perkara.
Terdahulu, kisah hubungan terlarang antara seorang suami dengan seorang guru mengundang rasa marah dalam kalangan orang ramai.
Lebih menggemparkan apabila guru terbabit masih berstatus isteri orang kerana masih dalam tempoh iddah.
Menurut dakwaan, hubungan mereka mula berputik selepas lelaki berkenaan menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (cctv) dan pendaiwaian elektrik di rumah.
Sumber: Threads
The post Abang ‘Wiring’ Mengaku Salah Jalin Hubungan Terlarang Dengan Guru, Akan Cerita Perkara Sebenar – ‘Ini Ujian Untuk Saya’ first appeared on OHBULAN!.





