33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Liyana Jasmay Tetap Puas Hati Dengan Lakonan Elizabeth Tan – ‘Saya Pilih Sebab Dia Mampu’

    Shopee Sale

    Pengarah dan pelakon, Liyana Jasmay menyifatkan Elizabeth Tan sudah memberikan yang terbaik menerusi filem Pemuja Syaitan meskipun pelakon itu mengakui kurang berpuas hati dengan mutu lakonannya sendiri.

    Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Dedah ‘Pemuja Syaitan’ Terinspirasi Daripada Filem Slasher Era 2000-an – ‘Jarang Filem Malaysia Buat Genre Ini’

    Artikel Berkaitan: Bimbang ‘Pemuja Syaitan’ Tak Diterima Penonton, Berat Badan Liyana Jasmay Naik 4kg – ‘Saya Tak Boleh Tidur’

    Lizzy tak puas hati dengan lakonan sendiri

    Ketika ditemui , Liyana, 38, berkata, pemilihan Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy dibuat kerana dia yakin pelakon itu memiliki kemampuan untuk menjayakan watak yang diberikan.

    Tambah Liyana, dia tidak berasa marah atau kecewa dengan luahan Lizzy sebaliknya memahami perasaan tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai seorang pelakon.

    Saya dah cakap dengan dia. Pada saya, dia dah berikan yang terbaik. Lizzy seorang pelakon yang bagus.

    Saya pilih dia sebab saya tahu dia ada kemampuan untuk watak itu dalam diri dia. Saya langsung tak marah atau kecewa dengan apa yang dia rasa.

    Sebagai seorang pelakon, saya faham. Bila kita tengok balik hasil lakonan sendiri, kita perasan bahawa kita sebenarnya boleh buat yang lebih baik.

    Bagi saya, itu proses yang akan dilalui oleh setiap pelakon.

    Liyana berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana Pemuja Syaitan yang berlangsung di KLCC, pada Rabu.

    MENARIK:  Sarah Yasmine mendedahkan isu hubungan antara Sophia Albarakbah dengan Aliff Aziz - Masih Hubungan Berkekalan selepas 28 Mac?

    Mengulas lanjut, Liyana menegaskan bahawa dia berpuas hati dengan mutu lakonan Elizabeth sepanjang penggambaran filem berkenaan.

    Tambah Liyana, dia menyifatkan dirinya seorang yang berterus terang sekiranya terdapat perkara yang tidak menepati kehendaknya sebagai pengarah.

    Sebagai pengarah, saya puas hati dengan lakonan Lizzy. Sepanjang penggambaran, dia selalu tanya jika dia dah buat yang terbaik atau sebaliknya.

    Kalau saya tak puas hati, saya jujur saja. Semua orang di set tahu perkara itu.

    The post [VIDEO] Liyana Jasmay Tetap Puas Hati Dengan Lakonan Elizabeth Tan – ‘Saya Pilih Sebab Dia Mampu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah