26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Arif Aiman Terus ‘Terbang’ Kejar Pemain Terbaik Tahunan AFC, Tak Sempat ‘Celebrate’ Kemenangan Harimau Malaya

    Shopee Sale

    Bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi, khabarnya tidak sempat untuk meraikan kemenangan bergaya Harimau Malaya yang membelasah Laos 5-1 dalam aksi keempat Kumpulan F di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tanya Soalan Cepumas Pada Arif Aiman, Adik Sadha Bikin Netizen Dekah – ‘Kenapa Kalahkan Selangor?’

    Artikel Berkaitan: Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Beri Kata-Kata Semangat – ‘Cepat Sembuh & Semoga Dipermudahkan Segala Urusan, Mickey’

    Wakil tunggal Malaysia

    Difahamkan, Arif terus bergegas terbang ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang bakal berlangsung esok di Pusat Kebudayaan King Fahd.

    Berikutan itu, kelibat Arif tidak kelihatan bersama barisan pemain Harimau Malaya meraikan kejayaan membenam Laos 5-1 bersama penyokong di stadium.

    Tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tercalon dalam kategori berprestij Pemain Terbaik Tahunan AFC, sekaligus menjadi wakil tunggal Malaysia yang tersenarai bersama dua lagi bintang hebat Asia.

    Arif yang baru berusia 23 tahun, bakal berentap dengan nama besar seperti Akram Afif dari Qatar, pemain yang bantu negaranya julang Piala Asia 2023, dan juga Salem Al Dawsari, bintang Arab Saudi yang pernah dinobatkan Pemain Terbaik AFC 2022.

    MENARIK:  Anna Jobling Teruja Nak Guna Skil Berenang Dalam Filem Duyung – ‘Saya Pernah Wakil Selangor Dalam Sukan Tersebut’

    Pencalonan ni memang satu pengiktirafan besar buat Arif dan juga dunia bola sepak Malaysia, selepas prestasi luar biasa yang dia tunjukkan bersama JDT dan skuad Harimau Malaya sejak dua tahun kebelakangan ni.

    Dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 malam tadi, Arif turut memainkan peranan penting apabila membantu skuad kebangsaan mencatat kemenangan keempat berturut-turut dengan menumpaskan Laos 5-1. Kemenangan ini sekali gus mengekalkan Malaysia di puncak carta kumpulan.

    Sudah dalam kapal terbang

    Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Arif memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dirinya sudah berada di dalam pesawat Emirates dalam perjalanan menuju ke Dubai.

    Arif turut memilih emoji tapak tangan rapat dan kapal terbang sebagai kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.

    Sumber: Harian Metro & Instagram

    The post Arif Aiman Terus ‘Terbang’ Kejar Pemain Terbaik Tahunan AFC, Tak Sempat ‘Celebrate’ Kemenangan Harimau Malaya first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah