26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penipuan Kewangan Dalam Talian Semakin Licik! Ini Apa Rakyat Malaysia Kena Tahu

    Shopee Sale

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penipuan kewangan dalam talian di Malaysia berubah menjadi jenayah digital yang semakin agresif.

    Ia tidak lagi bergantung kepada mesej rawak atau akaun palsu yang mudah dikesan. Sebaliknya, sindiket kini beroperasi menggunakan automasi canggih, peniruan identiti yang meyakinkan dan rangkaian rentas platform yang tersusun.

    Mangsa pula datang daripada semua lapisan masyarakat seperti pekerja gig, pelajar, pesara, ibu bapa dan pemilik perniagaan kecil.

    Sumber gambar: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

    Menurut Profesor Emeritus Dato’ Noor Aziah Mohd Awal dari Fakulti Undang-Undang UKM, undang-undang sedia ada tidak berupaya menangani isu penipuan dalam talian yang terlalu canggih.

    Beliau menekankan bahawa negara memerlukan kerangka perundangan yang lebih moden untuk membendung jenayah ini sebelum ia terus menular.

    Penipuan digital semakin maju, tapi undang-undang masih ketinggalan

    Sumber gambar: Vida.id

    Profesor Aziah menjelaskan bahawa Malaysia masih bergantung kepada Akta Jenayah Komputer 1997 yang tidak lagi selari dengan bentuk penipuan moden.

    Sindiket menggunakan profil yang kelihatan sah, teknik impersonation masa nyata dan manipulasi automatik yang sukar dikesan.

    Disebabkan itu, banyak kes tidak dapat disiasat dengan lengkap kerana tiada kerangka undang-undang yang benar-benar menampung bentuk jenayah hari ini.

    “Harapan saya adalah RUU Jenayah Siber yang bakal dibentang akan lebih ‘advance’ dan mempunyai peralatan yang canggih untuk menyiasat serta mengambil tindakan.” tambahnya.

    Sindiket bebas bergerak antara platform

    Sumber gambar: UTHM

    Kebanyakan penipuan bermula di media sosial melalui iklan palsu, kemudian beralih ke WhatsApp atau Telegram sebelum menghala ke platform perbankan.

    Namun, undang-undang sedia ada gagal menyatukan bukti daripada platform yang berbeza.

    Profesor Aziah menjelaskan bahawa ketidakseimbangan standard keselamatan antara aplikasi di mana ada yang ketat, ada yang terlalu longgar menjadikan usaha menjejak penjenayah sangat sukar.

    MENARIK:  ‘Nak Gaduh Depan-Depan, Tak Perlu Luah Di Media Sosial’ – Didie Alias

    Beliau menegaskan bahawa platform perbankan perlu lebih selamat dan bertindak segera jika berlaku penyalahgunaan, tetapi dalam masa yang sama, platform lain seperti media sosial tidak boleh lagi beroperasi tanpa kawalan kukuh.

    Mangsa tidak dilindungi, sokongan psikologi pun hampir tidak wujud

    Sumber gambar: Freepik

    Pekerja gig, pesara, pelajar dan pemilik perniagaan kecil antara kumpulan paling terdedah. Mereka mudah terpedaya kerana kerap berinteraksi di platform digital yang longgar atau menerima tawaran kerja dan pelaburan yang kelihatan meyakinkan.

    Masalahnya, undang-undang sedia ada tidak memberi perlindungan mencukupi. Mangsa bukan hanya kehilangan simpanan, malah turut berdepan kesan emosi dan tekanan psikologi yang berat.

    Profesor Aziah menyatakan, “Jika berlaku penipuan siber dan mangsa mengalami kerugian, undang-undang sedia ada tidak memberi perlindungan kepada mangsa. Malah sokongan psikologi pun tiada.”

    Beliau mencadangkan agar undang-undang baharu memasukkan peruntukan ganti rugi am serta hukuman kepada platform yang gagal memastikan keselamatan pengguna.

    Apa yang rakyat Malaysia patut buat jika rasa sudah ditipu

    Sementara menunggu undang-undang yang lebih kukuh dikuatkuasakan, tindakan pantas pengguna boleh mengurangkan kerosakan.

    Antara langkah kritikal yang digariskan oleh Prof Aziah termasuk mengelakkan membuka pautan mencurigakan, memadam nombor yang meragukan, membuat laporan polis segera dan menyebarkan amaran untuk mengelakkan orang lain menjadi mangsa.

    Kesedaran komuniti adalah benteng paling penting sekarang, sebelum sistem perundangan dan keselamatan digital negara diperkasakan sepenuhnya.

    The post Penipuan Kewangan Dalam Talian Semakin Licik! Ini Apa Rakyat Malaysia Kena Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah