29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    15 Tahun Kekal Serasi, Ani Mayuni Selesa Bergandingan Dengan Kelly Azman Di Pentas

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pengacara, Ani Mayuni mengakui keserasian yang terjalin bersama selebriti versatil, Kelly Azman, menjadi faktor utama yang membuatkannya berasa selesa setiap kali beraksi di atas pentas, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

    Artikel Berkaitan: Ani Mayuni Syukur Hubungan Dengan Penyanyi Dangdut Kembali Jernih – ‘Hanya Salah Faham, Terlalu Dengar Cakap Orang’

    Artikel Berkaitan: Kelly Azman Tak Mahu Netizen Pertikai Tentang Aurat, Kongsi Video Bersenam Untuk Tujuan Kesihatan

    Serasi 15 tahun

    Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman berkata, kehadiran Kelly dengan sikap bersahajanya sering membantu menceriakan suasana dan menjadikan persembahan lebih santai serta dekat di hati penonton.

    Kadang-kadang bila suasana terlalu serius, orang boleh rasa janggal. Kelly pula jenis yang bersahaja, senang buat orang senyum dan itu secara tidak langsung hidupkan suasana.

    Tambah Ani, dia bersyukur kerana rezekinya terus mengalir sepanjang Ramadan, selain menghargai sikap Kelly yang mudah dibawa berbincang dan sentiasa memberi sokongan setiap kali mereka digandingkan.

    Kelly selalu hubungi saya dan tanya sama ada saya bersedia atau tidak sebelum buat persembahan. Kami senang berbincang dan itu buatkan kerja jadi lebih mudah. Kami memang ada ‘chemistry’ bila berada di atas pentas.

    Walaupun ada tawaran besar, kalau ia buat kita stres dan tak gembira, persembahan pun jadi tak seronok. Penyanyi kena gembira dari dalam dulu, barulah penonton boleh rasa.

    Ani berkata demikian ketika ditemui pada program Ramadan Review di St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, baru-baru ini.

    MENARIK:  Saharul Ridzwan Mohon Maaf Pada Isteri, Anggap Diri Memaksa Tuntut Hak Sebagai Suami – ‘Perkahwinan Bukan Medan Menuntut’

    Sementara itu, Kelly Azman menjelaskan pemilihan Ani sebagai rakan gandingan di atas pentas dibuat berdasarkan pengalaman serta tahap profesionalisme penyanyi berkenaan.

    Pejam celik pejam celik dah 15 tahun kami berkawan dan bergandingan sebagai rakan pengacara terutama pada bulan Ramadan.

    Bagi saya, disiplin dan penampilan sangat penting. Tak semua artis jaga perkara ini. Ada yang naik pentas tanpa bersiap, pakaian biasa, sekadar pakai gincu. Itu tak sesuai.

    Walaupun persembahan di bulan puasa, penonton tetap nak lihat artis tampil kemas dan bersiap. Kita kena hormat penonton.

    Dalam perkembangan sama, St Giles Boulevard Hotel bakal menawarkan Bufet Makan Malam Selera Bonda serta Pakej Bilik Eksklusif Selera Bonda yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana hangat dan autentik.

    Selain keenakan hidangan, suasana berbuka puasa turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Kelly Azman dan Ani Mayuni yang diiringi muzik secara langsung oleh kumpulan Aman and The Typewriter.

    The post 15 Tahun Kekal Serasi, Ani Mayuni Selesa Bergandingan Dengan Kelly Azman Di Pentas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah