Seramai 13,000 penonton memenuhi stadium Hoki, Bukit Jalil di Kuala Lumpur bagi memeriahkan Konsert Jiwa Kacau 2025, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Showcase Jiwa Kacau 2024 ‘Level Up’ Kembali Dengan 4 Band Terkenal Negara Bersama Nidji & Luqman Podolski
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penganjur Mohon Maaf, Penonton ‘Terkinja’ Bukan Malam Nisfu Syaaban – ‘Kami Dah Buat Selawat Sebelum Konsert’
Kemunculan istimewa

Selama lebih empat jam, para penonton dimeriahkan dengan gabungan artis-artis ternama dari Malaysia dan Indonesia.
Antara band yang menghangatkan pentas ialah The Lantis, Hujan, Spider, Wali Band, Kerispatih dan Bunkface.
Suasana bertambah gamat apabila pelakon dan penyanyi, Fattah Amin membuat kemunculan secara mengejut.
Tidak hanya hadir sebagai penonton, Fattah turut menyanyikan beberapa potong lirik daripada lagu Tapi Bukan Aku nyanyian asal kumpulan Indonesia, Kerispatih.
Dalam acara itu juga, selebriti berusia 35 tahun itu membuat pengumuman mengejut mengatakan telah mengikat tali pertunangan.
Bagaimanapun, Fattah menjelaskan dia tidak mengikat tali pertunangan dengan mana-mana wanita namun telah bertunang dan menjadi duta untuk sebuah produk.
Dalam pada itu, penyanyi, Amira Othman juga memberi sokongan kepada rakan sekerja dengan menemani aktor tersebut.
Konsert bertambah hangat apabila para penonton terhibur dengan gelagat Wali Band yang dilihat profesional menyantuni orang ramai.
Sebagai penutup, konsert Jiwa Kacau pada kali ini juga berhasil menambat hati para penonton selain memberi kepuasan terhadap peminat-peminat band indie.
The post 13,000 Penonton ‘Enjoy’ Konsert Jiwa Kacau 2025, Kemunculan Fattah Amin Buat Ramai Terkejut! first appeared on OHBULAN!.





