30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zamri: Saya tak hina sesiapa, hanya nyatakan fakta

    Shopee Sale

    Pendakwah kontroversi Zamri Vinoth berkata dia tidak perlu berasa kesal atas kenyataannya tentang upacara Kavadi kerana menurutnya dia hanya mengatakan kebenaran.

    Dia berkata demikian susulan tindakannya menyiarkan semula catatan Facebook yang mendakwa ramai penganut Hindu melakukan ritual "tarian" Kavadi seperti orang yang mabuk atau kerasukan.

    Hantaran itu telah dialih keluar oleh Meta pada Ahad sebelum Zamri menyiarkannya semula semalam, yang menimbulkan kemarahan ahli parlimen Jelutong RSN Rayer.

    "Mengapa perlu saya kesal jika penulisan saya tidak menghina mana-mana pihak?

    "Posting tersebut tidak mengandungi penghinaan jadi saya sarankan agar Rayer ambil paper julai Bahasa Malaysia (SPM).

    "Saya hanya menyatakan fakta dan kebenaran. Tiada sebarang mahkamah yang telah mengeluarkan keputusan bahawa penulisan saya itu menghina mana-mana pihak mahupun ada keputusan mahkamah yang meminta saya menurunkan posting tersebut," katanya dalam satu catatan lewat malam tadi.

    MENARIK:  1,091 siswa hidap HIV: Henti normalisasikan maksiat, kata menteri agama

    Dia menambah bahawa negara ini mengikut kedaulatan undang-undang dan bukan "apa yang Rayer suruh".

    Hantaran asal Zamri dialih keluar selepas diarahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang mendapati ia telah melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang antara lain mengawal penyiaran yang berunsurkan hasutan.

    Hantaran itu sebagai respons kepada video yang melibatkan tiga juruhebah radio dari Era FM memaparkan seorang daripada mereka menari manakala seorang lagi melaungkan "vel vel" - yang sering didengari semasa Thaipusam apabila seseorang membawa kavadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah