32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahid wakili Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi empat hari ke Rusia.

    Ahmad Zahid berkata mesyuarat berjalan lancar dengan tumpuan diberikan kepada perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhan.

    “Setiap perbincangan dan keputusan diambil secara kolektif agar dapat membawa kebaikan yang berpanjangan untuk negara kita.

    MENARIK:  Na'im jalani pembedahan buang kelenjar ada batu karang

    “Insya-Allah, segala amanah yang digalas akan terus saya pikul dengan tekad dan iltizam demi Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

    Semalam Anwar tiba di Moscow untuk lawatan rasmi hingga 16 Mei, atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin dan diberi Kawalan Kehormat sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah