30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahid sahkan akan jumpa Dr Akmal petang ini

    Shopee Sale

    Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh petang ini.

    “Beliau akan jumpa saya petang ini, saya tak tahu apa keputusan beliau (mengenai kedudukannya dalam parti dan kerajaan),” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di sini hari ini.

    Semalam, Dr Muhamad Akmal berkata beliau akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.

    MENARIK:  RM115,000 peruntukan diluluskan untuk rumah ibadat di Segamat - Zaliha

    Dr Muhamad Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

    Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan yang disandangnya ketika ini selepas gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah