26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    WHO hantar pakar ke DR Congo siasat wabak penyakit misteri

    Shopee Sale

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pakar ke Republik Demokratik Congo untuk membantu pihak berkuasa kesihatan tempatan menyiasat wabak penyakit baharu yang membawa maut, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

    Pasukan itu terdiri daripada pakar epidemiologi, doktor, juruteknik makmal, serta pakar pencegahan dan kawalan jangkitan, menurut Pejabat Serantau WHO untuk Afrika pada Jumaat.

    Pihak berkuasa kesihatan tempatan dimaklumkan mengenai kes penyakit misteri seperti selesema di barat daya negara Afrika Tengah itu hujung minggu lalu, yang kini dikenali sebagai Penyakit X.

    Menurut WHO, Kementerian Kesihatan Congo pada Jumaat melaporkan 394 kes dan 30 kematian di komuniti luar bandar Panzi, kira-kira 700 kilometer dari ibu negara, Kinshasa.

    MENARIK:  Kes Abang Belon: Polis tunggu laporan penuh perubatan

    Bagaimanapun, laporan lain menyebut jumlah kematian mungkin mencecah 130 orang, termasuk kes yang berlaku di luar kemudahan kesihatan.

    Menteri Kesihatan Roger Kamba sebelum ini menyebut kematian juga dilaporkan berlaku di rumah.

    Gejala penyakit termasuk sakit kepala, batuk, demam, kesukaran bernafas, dan anemia.

    Punca penyakit masih belum dikenal pasti sehingga keputusan ujian makmal diterima.

    Pasukan WHO tempatan pertama telah berada di wilayah Kwango sejak akhir November untuk memantau penyakit itu dan mengenal pasti kes.

    Patogen pernafasan termasuk influenza atau Covid-19, sedang disiasat selain kemungkinan lain seperti malaria dan campak.

    Kementerian Kesihatan menjangkakan keputusan makmal bagi sampel yang diambil akan diterima selewat-lewatnya hujung minggu ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah