27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GST belum sesuai kerana pendapatan rakyat masih rendah

    Shopee Sale

    Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih belum sesuai dilaksanakan semula berikutan nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Ketika menegaskan perkara itu, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan tidak menolak sepenuhnya cadangan pelaksanaan semula GST yang dianggap efisien dan telus, namun lebih mengutamakan kemampuan rakyat berikutan sistem percukaiannya memberi kesan secara menyeluruh.

    “Kita tangguhkan (GST) kerana nilai (ambang) pendapatan rakyat itu terlalu rendah.

    “Pendapat saya kerana kerana orang yang pendapatan RM2,000, walaupun diberi beberapa pengecualian pun, namun banyak yang terkena (cukai).

    MENARIK:  MP gesa tangguh rasionalisasi RON96, naik tarif elektrik

    "Gula, beras tidak kena tetapi pembelian barang lain atau menaiki bas bagi tujuan itu secara tidak langsung (dikenakan) GST... ini bermakna ia secara menyeluruh," kata beliau ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

    Atas alasan itu, Anwar berkata, kerajaan berpendapat pelaksanaan semula GST hanya wajar dipertimbangkan apabila purata pendapatan rakyat meningkat ke tahap lebih munasabah iaitu sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah