27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga emas maut dalam kebakaran rumah 2 tingkat

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan di Ipoh, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada jam 9.19 malam.

    Katanya siasatan awal bersama unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ipoh mengesahkan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam sekeluarga.

    “Mangsa seorang lelaki berusia 83 tahun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh manakala mangsa kedua ialah wanita berumur 84 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

    MENARIK:  Sultan Pahang: Kemas kini data ramalan cuaca, banjir lebih kerap

    “Empat ahli keluarga lain berumur 18 hingga 49 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

    Abang Zainal Abidin berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut.

    Dia turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan mendapatkan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ipoh di talian 05-2542222.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah