27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Sangka Penggambaran Di Perlis Menjadi Kenangan Terakhir Kita Bersama’ – Rozita Che Wan

    Shopee Sale

    Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa sebak atas pemergian pelakon veteran, Allahyarham Kamarool Yusof yang menghembuskan nafas terakhir pada Rabu malam.

    Artikel Berkaitan: Kamarool Yusof Kritikal, Ditidurkan Selepas Saluran Jantung Tersumbat

    Che Ta sebak

    View this post on Instagram

    A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

    Menerusi hantaran di Instagram, Rozita turut mengimbau kembali kenangan sepanjang bekerja bersama Kamarool atau lebih dikenali sebagai Cik Man.

    Ada sesetengah insan, bila bekerja dengan mereka, kita bukan sekadar berkongsi set, kita berkongsi kenangan.

    Hari ini, hati saya sangat-sangat sebak. Saya kehilangan seorang insan dalam dunia seni yang sangat saya hormati. 

    Setiap kali tau yang kami akan berada dalam naskhah yang sama, saya memang sangat teruja.

    Pelakon drama Kiah Pekasam itu turut menyifatkan Allahyarham seorang yang rendah diri dan rajin membantu rakan-rakan di set penggambaran.

    Bekerja dengan arwah sentiasa memberi ketenangan. Seorang yang sangat merendah diri, baik tutur katanya, sentiasa membantu dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu. 

    Tak sangka, rupanya penggambaran kami di Perlis haritu menjadi kenangan terakhir kita bersama.

    Dalam pada itu, Rozita turut menzahirkan penghargaan buat Allahyarham atas segala kenangan, nasihat serta kebaikan yang pernah dikongsikan bersama. 

    MENARIK:  [VIDEO] Norreen Iman Kunci Mulut Isu Rumah Tangga, Hanya Mampu Senyum Di Mahkamah

    Menurutnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat industri seni serta mereka yang pernah mengenali Allahyarham.

    Terima kasih untuk setiap gelak tawa, setiap nasihat, dan setiap memori yang akan saya simpan sampai bila-bila. 

    Pemergian arwah adalah kehilangan yang sangat besar buat industri seni dan buat mereka yang pernah mengenali insan sebaik ini. 

    Rozita turut menitipkan doa agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham serta menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman.

    Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, meluaskan kuburnya, menerangi alam barzakh dan menempatkan arwah di syurga yang tertinggi bersama orang-orang yang beriman. 

    Berehatlah dengan tenang. Insya-Allah, kenangan bersama arwah akan sentiasa hidup dalam hati kami.

    Sumber: Instagram Rozita Che Wan

    The post ‘Tak Sangka Penggambaran Di Perlis Menjadi Kenangan Terakhir Kita Bersama’ – Rozita Che Wan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah