25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita disyaki minta rasuah untuk dapatkan gelaran Datuk Seri direman lima hari

    Shopee Sale

    Seorang wanita direman lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan RM48,000 daripada seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan Darjah Kebesaran Melaka, pada tahun lepas. 

    Perintah reman terhadap suspek yang merupakan bekas ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri. 

    Menurut sumber, wanita itu yang pernah bertugas sebagai wartawan disyaki menerima wang rasuah daripada ahli perniagaan berkenaan sebagai balasan bagi mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran negeri pada tahun lepas.

    “Siasatan awal juga mendapati wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dari 2022 hingga 2023 dan terdapat puluhan transaksi kemasukan wang ke dalam akaun miliknya itu sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

    MENARIK:  ULASAN | Mulakan tahun baru dengan menanam sayur

    Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

    Beliau berkata wanita itu ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 3.45 petang semalam, selepas diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a) (A) SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah