28 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wan Fayhsal kemuka usul tarik balik jualan saham MAHB

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menghantar dua usul di Dewan Rakyat bagi membahaskan pendirian kerajaan serta kepentingan rakyat Malaysia terhadap isu berkaitan Palestin.

    Menurut Wan Fayhsal, usul persendirian itu dikemukakan kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat serta Setiausaha Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 27(1) dan 27(3).

    Menurutnya, usul pertama adalah untuk mempertimbang dan menarik semula keputusan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) milik Blackrock Inc.

    "Usul ini sangat penting dan berkehendak kerana ia melibatkan kepentingan aset dan kedaulatan negara. Blackrock Inc sebagai sebuah syarikat telah terlibat secara terus dalam membiaya aktiviti pembunuhan rakyat Palestin di sempadan Gaza.

    "Maka penjualan sebahagian saham kepada syarikat ini adalah bercanggah dengan pendirian kerajaan Malaysia dan rakyat jelata yang menentang aktiviti pembedilan dan pembunuhan rakyat Palestin di sempadan Gaza," katanya menerusi surat yang dihantar kepada setiausaha parlimen, Rabu lalu.

    MENARIK:  Bersih main wayang saja, kata Bersatu

    Sementara itu, Wan Fayhsal berkata usul kedua adalah menggantikan penggunaan nama Israel kepada negara 'Palestin yang diduduki' atau 'Occupied State of Palestine'.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah