Usahawan selebriti, Hafiz Mahamad membidas kenyataan seorang pengguna media sosial yang melabel dirinya dan isteri, Syafiqah Aina sebagai kurang bijak selepas mereka berkongsi video mesra di laman Threads.
Artikel Berkaitan: Bekas Pekerja Dedah Sisi Hafiz Mahamad – ‘Tak Pernah Buat Staf Pilih Antara Kerja & Keluarga’
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Pesan Lelaki Jangan Risau Kahwini Wanita Tak Pandai Masak – ‘Saya Testimoni, Tapi Sekarang Macam Chef’
Dilabel kurang bijak

Hafiz, 33, mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang membuat label sedemikian hanya kerana kandungan yang dikongsinya tidak menepati selera.
Dekat part mana bini saya bodoh? Dia banyak tolong orang, asbab nama dia juga ramai orang dapat banyak mencari rezeki. Jadi dekat mana bodohnya?
Saya bodoh? Meh duduk dalam hidup saya, teman saya kerja. Atau macam mana saya layan manusia. Takkan kerana posting saya tak kena tekak awak, terus nilau bodoh?
Dalam masa sama, Hafiz berkata, dia bagaimanapun memahami media sosial sememangnya menjadi ruang untuk orang ramai memberikan pandangan, namun ada segelintir yang keterlaluan.
Kadang saya biaskan sahaja orang nak mengecam. Biasalah, itu sosial media, ada yang tak suka. Tapi bila dia main bodohkan keluarga saya, melampau sangat perangai.
Terdahulu, Hafiz berkongsi satu video yang memaparkan rutin setiap pagi bersama isterinya iaitu bermain permainan ‘osom’ dan mengenakan beberapa pilihan denda kepada pihak yang kalah.
Begitu pun, hantaran itu mengundang rasa kurang senang seorang pengguna media sosial sehingga mengeluarkan kata-kata kurang sopan.
Sumber: Threads
The post ‘Part Mana Bini Saya Bodoh?’ – Hafiz Mahamad Bidas Kenyataan Individu Kurang Senang Lihat Video Mesra first appeared on OHBULAN!.





