33.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno sudah siap jentera bantu PRN Sabah – Mat Hasan

    Shopee Sale

    UMNO telah mempersiapkan jenteranya bagi membantu persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Beliau berkata UMNO di setiap negeri sudah menerima pembahagian zon masing-masing dan jentera negeri akan bergerak ke kawasan yang ditugaskan.

    Pembahagian zon itu disusun dengan baik oleh bilik gerakan di ibu pejabat parti dan terdapat sebahagian petugas telah berada di Sabah bagi memulakan gerak kerja.

    “Semalam semua ketua bahagian Kelantan berada di Sabah kerana mereka menjaga kawasan Timur Sabah. Terengganu pun akan pergi untuk menguruskan kawasan Tawau, Sandakan dan Kudat. Di Negeri Sembilan dan Melaka pula kami diberi mandat menjaga kawasan Putatan, Penampang, Sepanggar dan Kota Kinabalu,” katanya.

    MENARIK:  Kebakaran Kayu Madang: Ibu bapa, pelajar risau udara tercemar

    Mohamad yang juga Menteri Luar dan Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong di Jertih hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah