30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump kata ‘pencerobohan sempadan kita’ akan berakhir

    Shopee Sale

    Menjelang upacara angkat sumpahnya, Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump memberitahu penyokong bahawa beliau akan melaksanakan langkah kawalan imigresen pada hari pertama penggal keduanya memegang jawatan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    “Menjelang matahari terbenam esok, pencerobohan sempadan kita akan berakhir dan semua penceroboh tanpa izin di sempadan melalui pelbagai cara akan dihantar pulang,” kata pemimpin Republikan itu dalam satu perhimpunan di Washington.

    Seperti semasa kempen pilihan rayanya, Trump menggunakan generalisasi luas dan menggambarkan pendatang tanpa dokumen yang tinggal di AS sebagai penjenayah.

    Walaupun terdapat peningkatan jenayah di beberapa kawasan di AS, pakar menyatakan bahawa ia disebabkan faktor sosiopolitik yang kompleks. Tiada bukti mengenai gelombang jenayah yang didorong oleh pendatang, mahupun pendatang melakukan jenayah pada kadar lebih tinggi berbanding warga AS.

    MENARIK:  Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles

    Satu daripada janji utama kempen Trump ialah untuk melaksanakan pengusiran besar-besaran. Bagi melaksanakan rancangan ini, Trump telah melantik beberapa individu berhaluan kanan untuk menyertai pentadbirannya.

    Menurut media AS, serbuan pertama dijangka bermula sejurus selepas upacara angkat sumpahnya pada Isnin. Serbuan ini pada peringkat awal dirancang di Chicago dan mungkin akan diperluaskan ke bandar lain. Operasi ini dijadualkan berlangsung selama seminggu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah