28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Titah adendum Najib: Hormati prosiding mahkamah – AGC

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) meminta orang ramai supaya menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung berkaitan titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah.

    Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata Mahkamah Rayuan telah menetapkan pendengaran berlangsung pada 6 Jan tahun depan.

    "Sehubungan itu, semua pihak adalah dipohon untuk menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis memandangkan rayuan dan notis usul tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah," ujarnya.

    Sebelum ini, anak Najib, Mohd Nizar memfailkan afidavit yang mendakwa bahawa Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memberitahunya mengenai kewujudan titah tambahan berkenaan.

    MENARIK:  Trump: AS, Israel serang Iran ambil masa 4 minggu atau kurang

    Dalam catatan di Facebooknya, Mohd Nizar juga menggesa kerajaan supaya berterus-terang mengenai titah berkenaan atau berdepan hukuman rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

    Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes rasuah membabitkan penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

    Keputusan Lembaga Pengampunan pada 29 Jan lalu mengurangkan hukuman kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta terhadap bekas perdana menteri itu.

    Bagaimanapun, Sultan Pahang yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan dikatakan turut mengeluarkan perintah tambahan supaya Najib menjalani baki hukumannya di rumah.

    Najib telah memfailkan semakan kehakiman dalam usaha untuk memaksa kerajaan mengesahkan titah adendum berkenaan dan menguatkuasakan titah itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah