26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat

    Shopee Sale

    Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata antara daerah terlibat ialah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya dengan 86 rumah terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan.

    Beliau berkata di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut.

    “Di Kampung Baru Sungai Buloh pula enam buah rumah dinaiki air sedalam dua kaki tetapi mangsa yang terlibat enggan berpindah berikutan air menunjukkan trend menurun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Sarawak sedia eksport babi hidup ke Selangor

    Ahmad Mukhlis berkata sebuah keteta terperanangkap apabila Persiaran Damai Kampung Kenangan Subang Jaya dinaiki air sedalam dua kaki.

    Beliau berkata kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan paras air sudah mulai surut.

    Menurut Ahmad Mukhlis, seorang wanita berumur sekitar 50-an diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian di Jalan PJU 1A/46 Petaling Jaya apabila kawasan itu dinaiki air sedalam lima kaki.

    “Sebuah kereta jenis Honda turut terperanangkap namun air di lokasi kejadian telah surut sepenuhnya,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah