29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar sangkal dakwaan abaikan Melayu, umum tanah rizab baharu

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya tidak menjaga kepentingan kumpulan bumiputera, khususnya masyarakat Melayu.

    Katanya, antara langkah yang diambil kerajaan ialah mewujudkan tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur selepas mendapati jumlah tanah berkenaan semakin berkurangan.

    “Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur … yang ada semua yang dijual. (Apabila) saya ambil alih (kepimpinan negara) pada 2022, pada 2023 kita rampas tanah Bandar Malaysia 480 ekar (194.3 hektar) (yang sebelum ini) menjadi milik negara China dan syarikat (swasta). Saya rampas sebab perkara ini langgar peraturan.

    “Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga oleh Petronas dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai oleh Melayu. Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur,” katanya mengikut laporan Bernama.

    Mengulas lanjut, Anwar berkata cadangan itu turut tidak mendapat bantahan daripada DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

    Dia berkata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan hanya bertanyakan alasan perkara itu mahu dilaksanakan kerajaan.

    “Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur itu makin meleset. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan tanda yang jelas. Dia (Loke) berkata okey.

    “Mesyuarat Jemaah Menteri tidak ada yang bantah. Jadi, kali pertama dalam sejarah sejak Merdeka (pada) 1957, Kerajaan Madani mengisytiharkan tanah paling berharga di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu,” katanya.

    Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata keputusan untuk menerbitkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

    “Sekarang ada perbahasan sedikit tentang Tabung Haji. Saya tak mahu bicara panjang, mudah-mudahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita akan putuskan. Ada laporan biar orang baca.

    MENARIK:  Kerugian akibat scam RM203.33 juta setakat Mei - PM

    “Kalau tak salah, pertahankan...kalau salah dakwa, kalau dihukum masuk penjara, masuk penjaralah. Sistem kita menetapkan siasat itu badan siasat, buat pertuduhan itu Peguam Negara, hukum itu para hakim dan itu bukan urusan Perdana Menteri,” katanya.

    “Terdapat beberapa perdebatan mengenai Tabung Haji. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang, tetapi berharap pada mesyuarat jemaah menteri Rabu ini kita boleh mencapai keputusan. Terdapat laporan, dan orang ramai patut dibenarkan membacanya.

    “Jika tiada yang salah, pertahankannya. Jika ada yang salah, dakwa. Jika didapati salah dan dijatuhi hukuman penjara, jalani hukuman itu. Ia tiada kaitan dengan saya. Sistem kita jelas; siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa penyiasat, pendakwaan oleh peguam negara, dan penghakiman oleh mahkamah. Itu bukan tugas perdana menteri,” katanya.

    Mengulas lanjut, Anwar berkata sebagai perdana menteri, dia harus berlaku jujur dan mematuhi proses Perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.

    Khamis lepas, Anwar berkata kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

    Anwar berkata beliau akan meneliti keputusan untuk menerbitkan laporan itu bersama Ketua Setiausaha Negara, yang dijangka selewat-lewatnya pada Rabu ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah