33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Timb menteri mahu Langkawi jadi 'destinasi pilihan Muslim'

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan mempertahankan hak negeri yang mengenakan peraturan ketat berhubung arak dan pakaian ke atas pelancong.

    Dia berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai negeri-negeri yang melarang pelancong daripada minum arak atau memakai pakaian yang dianggap menjolok mata.

    Dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dia berkata negeri-negeri seperti itu boleh memenuhi pasaran khusus.

    Mengambil contoh Langkawi, dia berkata ia boleh diletakkan sebagai destinasi pelancong beragama Islam.

    "Kita tahu untuk Pulau Langkawi bersaing hebat dengan pulau di negara jiran kita mungkin agak susah itu sebabnya mungkin kita akan memposisikan Langkawi sebagai pulau ‘preferred muslim destination’ (destinasi pilihan Muslim) supaya ia lebih ke arah kekeluargaan, lebih ke arah kerohanian," katanya.

    MENARIK:  Helikopter polis terbabit kemalangan, lima mangsa dilapor selamat

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah