33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Saya kena maki teruk, tapi dulu PAS, Bersatu iktiraf UEC

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin masyarakat perlu mempunyai tahap kesabaran tinggi dalam mendepani cabaran semasa, selain terus komited bersama-sama Kerajaan MADANI untuk menjayakan agenda pembangunan negara.

    Beliau berkata walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan, menjadi tanggungjawab para pemimpin untuk terus menyempurnakan segala amanah yang diberikan oleh rakyat.

    "Untuk membangunkan (negara), ia lebih mencabar dan sukar dan lebih menuntut kesabaran, kebijaksanaan. Kesabaran ini dituntut dalam al-Quran dan ia bukan mudah.

    "Hendak bersyarah ikut mulut, melemparkan makian memang mudah.

    MENARIK:  Selamat tahun baru 2025 dari Mkini

    "Misalnya mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), saya kena maki teruk, tapi dahulu PAS, Bersatu semua sokong iktiraf UEC, apa beza dengan sekarang?," kata beliau.

    Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Sesi Pertemuan Mesra bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) negeri Kedah di Universiti Teknologi MARA, di Sungai Petani, hari ini.

    Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah