31.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersatu tekad pelihara hubungan baik dengan PAS – Muhyiddin

    Shopee Sale

    Bersatu mengulangi tekad untuk terus memelihara hubungan baik antara parti itu dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN), tegas Presidennya, Muhyiddin Yassin.

    Muhyiddin berkata, dia telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengenai hubungan antara PAS dan Bersatu serta cadangan memperkasakan PN.

    "Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS bertarikh 6 Jun 2026 mengenai hubungan Bersatu dan PAS serta cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan PN.

    "Saya akan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan tersebut dan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk diteliti.

    "Bersatu mengulangi tekad dan iltizam kami untuk terus memelihara hubungan baik dengan PAS dalam PN," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pada 5 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan keputusan sama ada PAS akan terus bekerjasama dengan Bersatu atau sebaliknya dijangka akan diketahui Isnin ini.

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata sebelum ini Majlis Syura Ulama PAS sudah bermuzakarah mengenai isu berkenaan dan menyerahkan kepada jawatankuasa pusat parti itu untuk menentukan tindakan yang wajar diambil.

    MENARIK:  AS, Iran hampir meterai perjanjian buka semula Selat Hormuz

    Katanya hal tersebut – serta isu lain – akan dibincangkan oleh badan tersebut lusa.

    “Isnin ini insya-Allah akan bincang semua,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah duha mingguan di Marang, Terengganu.

    Kelmarin Malaysiakini melaporkan yang Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan isu hala tuju PN dan konflik dalaman gabungan itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi mengambil tindakan.

    Setiausaha badan itu, Nik Zawawi Salleh, berkata pihaknya mengambil perhatian serius terhadap krisis dan konflik dalaman Bersatu yang dilihat memberi kesan kepada kekuatan, kestabilan dan keyakinan terhadap hala tuju PN dalam membawa agenda penyatuan ummah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah