29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga warga M’sia ditahan di lapangan terbang India, akan diserah kepada PDRM

    Shopee Sale

    Tiga orang buruan warga Malaysia, yang disyaki ahli satu sindiket jenayah, kini menunggu proses penyerahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ditahan di Lapangan Terbang Mumbai pada Ahad.

    Ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan selepas bertindak agresif dan bergaduh dengan kakitangan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) susulan pengusiran mereka dari Britain.

    Mereka merupakan antara suspek yang diburu PDRM dalam operasi membanteras jenayah tahun lepas yang dikenali sebagai "Op Jack Sparrow".

    Ketiga-tiga mereka dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam jenayah termasuk bunuh dan khianat dengan api, telah melarikan diri dari Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Manchester selepas transit di Mumbai. Bagaimanapun, mereka dinafikan kemasukan ke Britain dan dihantar pulang ke India, iaitu pelabuhan terakhir sebelum berlepas ke negara berkenaan.

    MENARIK:  Peguam demam, bicara kes rasuah Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept

    Menurut laporan media tempatan pada Isnin, mereka bertindak ganas dan menyerang anggota Pasukan Keselamatan Industri Pusat (CISF) di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan.

    "Mereka berkelakuan seolah-olah tidak takutkan apa-apa. Beberapa pegawai diperlukan untuk menumpaskan mereka sebelum dipindahkan ke lokasi yang selamat," kata sumber lapangan terbang dalam laporan di laman sesawang Free Press Journal.

    Laporan NDTV menyatakan bahawa sepasukan khas polis elit Malaysia dijangka tiba di Mumbai dalam tempoh 48 jam akan datang untuk mengambil suspek berkenaan bagi tindakan lanjut.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah