26 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga pelajar cemerlang rayu menteri selesai isu kewarganegaraan

    Shopee Sale

    Tiga pelajar cemerlang merayu Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail agar menyelesaikan isu kewarganegaraan mereka dengan menyatakan impian mereka mungkin hancur akibat kekeliruan mengenai status kerakyatan.

    Dalam satu sidang media yang dianjurkan Lawyers for Liberty (LFL) hari ini, Virman Juri, 26, pemegang dua ijazah dan penerima biasiswa, berkata dia masih berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai warganegara Malaysia.

    Sementara itu, Keshwin Iswar Satkunavel, 19, yang memperoleh 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Mathish, 17, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 10A, turut meluahkan rasa kecewa kerana dilucutkan kewarganegaraan mereka, sekali gus menjejaskan peluang melanjutkan pelajaran.

    Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, kedua-dua remaja ini menghadapi isu yang sama apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan mereka.

    "Mereka dijadikan anak angkat oleh ibu bapa warga Malaysia sejak bayi. Mereka memiliki MyKid. Tapi, apabila membuat permohonan untuk mendapatkan MyKad, JPN menangguh permohonan.

    "Lebih kejam, apabila JPN menarik balik kewarganegaraan mereka. Kini kedua-duanya tidak diterima ke universiti awam dan tidak mendapat hak mereka," katanya dalam sidang media di pejabat LFL Petaling Jaya, hari ini.

    Turut hadir, Pengarah LFL, Zaid Malek, serta ibu bapa Keshwin.

    Mengulas kes Virman, Latheefa menjelaskan bahawa dia dilahirkan di Ampang, Selangor, tetapi hanya memiliki sijil kelahiran bukan warganegara.

    "Dia dijadikan anak angkat oleh juri yang merupakan pemaustin tetap (PR). Ibunya merupakan seorang warga Indonesia. Permohonan dia untuk mendapatkan kewarganegaraan ditolak sebanyak tiga kali dan terbaru pada Feb lepas.

    MENARIK:  Warga emas 79 tahun didakwa rogol cucu 12 tahun

    "Saya tak pasti apa kerajaan ini fikir. Kenapa tak beri peluang tiga pelajar cemerlang ini berkhidmat untuk negara ini. Kenapa kerajaan masih berpegang dengan polisi yang menghukum anak muda yang tidak bersalah ini," katanya.

    Terdahulu, Virman berkata dia berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang penyelidikan kanser, manakala Mathish berharap dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) jika diberikan peluang. Keshwin pula merancang untuk menyambung pengajian alam bidang kewangan.

    Ketiga-tiganya meluahkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa mereka.

    "Saya tak nak membebankan sesiapa. Sekarang, ia tidak begitu buruk. Tapi, pada masa akan datang, saya tak nak membebankan ibu bapa saya," kata Keshwin.

    Virman pula berkata meskipun mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, dia tidak dapat melangkah lebih jauh akibat status kewarganegaraannya.

    "Inilah tanah tumpah saya. Saya lahir di sini, dan saya berminat berkhidmat untuk negara," katanya.

    Mengulas lanjut, Latheefa berkata Mathish dan Keshwin mempunyai sijil kelahiran sementara dan masih menunggu mendapatkan kewarganegaraan.

    "Tanpa kewarganegaraan mereka tidak boleh mempunyai lesen memandudan membuka akaun bank. Cuba bayangkan situasi pelajar cemerlang ini,” tambahnya.

    Sementara itu, Zaid menyifatkan nasib tiga anak muda ini sebagai bukti kegagalan kerajaan dalam menangani isu kewarganegaraan.

    "Kerajaan membuat banyak janji. Tapi sehingga sekarang tak ada apa-apa dibuat,” kata Zaid.

    Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapatkan komen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah