27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga lagi saintis nuklear Iran dilapor terbunuh dalam serangan Israel

    Shopee Sale

    Tiga lagi saintis nuklear Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan tentera Israel ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik saluran TV rasmi Iran, Press TV pada Sabtu.

    Saintis yang maut dikenal pasti sebagai Ali Bakaei Karimi, Mansour Asgari dan Saeed Borji.

    Pada Jumaat, agensi berita Tasnim melaporkan enam saintis nuklear terbunuh dalam serangan serupa oleh Israel.

    Mereka yang dinamakan dalam laporan itu ialah Abdulhamid Minouchehr, Ahmadreza Zolfaghari, Seyyed Amirhossein Faqhi, Motablizadeh, Mohammed Mehdi Tehranchi dan Fereydoun Abbasi.

    MENARIK:  Kelayakan kerja k'jaan minimum SPM galak murid tamat sekolah menengah

    Pasukan tentera Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu.

    Serangan itu mengorbankan lebih 104 orang, termasuk komander tertinggi tentera dan saintis, serta mencederakan hampir 380 orang lagi, menurut sumber Iran.

    Iran dilaporkan membalas dengan serangan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel, yang mengakibatkan tiga kematian dan lebih 170 orang cedera.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah