27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka – Felda

    Shopee Sale

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual kepada mana-mana pihak dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.

    Felda dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, tiada kakitangannya yang terlibat dalam kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan sindiket penjualan 640 ekar (258.9 hektar) tanah milik Felda di Bukit Katil, Melaka.

    “Felda akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha memastikan segala urusan siasatan dapat dilaksanakan dengan baik,” menurut kenyataan itu.

    Semalam, media melaporkan SPRM menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

    MENARIK:  PBB gesa Kemboja, Thailand guna jalan dialog selesai pertikaian

    Sumber SPRM memaklumkan lapan individu terbabit melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam berusia lingkungan 20 hingga 50-an yang ditahan di Kuala Lumpur dan Sabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah