28.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PBB gesa Kemboja, Thailand guna jalan dialog selesai pertikaian

    Shopee Sale

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Kemboja dan Thailand menahan diri daripada tindakan yang boleh memburukkan keadaan susulan pertikaian sempadan yang berlarutan, meletus menjadi pertempuran berdarah pada pagi Khamis.

    Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar secara tertutup pada Jumaat bagi membincangkan konflik yang sedang berlaku antara dua negara jiran itu.

    Bagaimanapun, majlis itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hasil mesyuarat.

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam kenyataan bertarikh 24 Julai yang disiarkan di laman sesawang PBB, menyeru kedua-dua pihak yang bertelagah agar meneruskan dialog secara aman terhadap pertikaian yang telah lama berlarutan itu.

    “Gunakan kawalan maksimum dan tangani sebarang isu melalui dialog serta semangat kejiranan yang baik, demi mencapai penyelesaian berkekalan terhadap pertikaian ini,” kata Guterres.

    Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menulis surat kepada Majlis Keselamatan PBB pada Khamis bagi memohon sokongan badan dunia itu dalam menangani konflik yang tercetus antara tentera Kemboja dan Thailand di sepanjang kawasan Oddar Meanchey dan Preah Vihear.

    MENARIK:  PM minta Rafizi perjelas isu daftar Padu pada kabinet

    Menurut laman sesawang PBB, Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat tertutup pada Jumaat di bawah tajuk “Threats to international peace and security” bagi membincangkan isu sempadan Kemboja–Thailand.

    Kedua-dua negara itu terlibat dalam pertikaian kedaulatan selama beberapa dekad melibatkan kawasan sepanjang 817 kilometer yang masih belum dimuktamadkan sempadannya, termasuk lokasi beberapa kuil purba.

    Semasa mesyuarat pada Jumaat, beberapa anggota majlis mengiktiraf perananan ASEAN dalam memudah cara dialog ke arah penyelesaian krisis itu, menurut laman sesawang berkenaan.

    Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi ASEAN ketika ini mengemukakan cadangan gencatan senjata kepada kedua-dua kerajaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah