31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada perang lain sasarkan wanita, kanak-kanak seperti di Gaza – Erdogan

    Shopee Sale

    Tiada peranang lain yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, menurut laporan Agensi Anadolu (AA).

    "Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak," kata Erdogan ketika berucap pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di ibu kota komersial Turkiye, Istanbul.

    MENARIK:  Mayat wanita ditemukan terapung di Taiping

    Beliau berkata Ankara akan terus menyokong "saudara" mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan senjata serta keamanan dapat diwujudkan.

    Erdogan berkata beliau "amat yakin " Donald Trump, yang minggu ini kembali menguasai White House selepas empat tahun, akan mengambil "langkah-langkah perlu untuk menamatkan peperanangan," sambil menyuarakan harapan agar perkara itu berlaku.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah