Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya petang ini.
Ini berkaitan kenyataannya mengenai isu pensijilan halal, yang turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 atas "penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian".
Malaysiakini difahamkan pegawai MCMC telah mengambil maklumat berkaitan daripada telefon bimbitnya bagi membantu siasatan.
Melalui pesanan teks kemudian, Kok berkata, "baru selesai siasatan forensik di MCMC. Semuanya berjalan lancar."
Semalam, pihak polis yang turut menyiasat kes sama di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan merakam kenyataan ahli parlimen Seputeh itu.
Ketua Polis Negara Razarudin Hussain, yang mengklasifikasikan kes ini sebagai "3R" (kaum, agama dan raja), mendedahkan sejumlah 50 laporan polis telah dibuat terhadap Kok.
[Berita penuh menyusul]





