33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno habis idea, momokkan DAP demi kuasa – pemimpin PKR

    Shopee Sale

    Tindakan Menteri Besar sementara Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang menjadikan DAP sebagai sasaran politik terus dibidas.

    Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata pendekatan itu membuktikan Umno sudah kehabisan idea dan hanya bergantung kepada politik ketakutan demi mempertahankan dominasi mereka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

    "Saya mempersoalkan tindakan pemimpin di Johor yang terus menjadikan DAP sebagai sasaran politik. Rakyat Johor tak minat dengan politik tetapi lebih prihatin terhadap isu sebenar seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, gaji, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan ekonomi negeri.

    "Rakyat Johor sudah matang dan mampu menilai pemimpin berdasarkan prestasi, bukan retorik lama yang penuh dengan ketakutan dan perpecahan.

    "Mereka tidak perlu sentiasa diingatkan siapa yang perlu ditakuti. Mereka perlu tahu siapa yang boleh menyampaikan hasil," katanya kepada Malaysiakini.

    Dia berkata demikian ketika diminta mengulas ketegangan politik antara BN dan PH susulan kenyataan Onn Hafiz yang tidak mahu DAP berada dalam kerajaan negeri jika BN terus diberi mandat memimpin Johor.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut membidas kenyataan Onn Hafiz itu.

    Ketika berucap di Kementerian Komunikasi pada 8 Jun, Anwar - tanpa menyebut nama - berseloroh pemimpin terbabit tidak mempunyai masalah untuk duduk di sebelah Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching, yang juga timbalan menteri komunikasi.

    MENARIK:  Penyedia makanan ditipu sediakan hidangan untuk 500 orang

    Terdapat sekurang-kurangnya satu foto yang memaparkan Onn dan Teo bersama-sama dalam kapasiti politik mereka pada Oktober 2024.

    Mengulas lanjut, Sathia turut mengingatkan kerajaan negeri sebenarnya masih mempunyai baki masa dalam mandat mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

    "Namun, apa yang berlaku? Kita saksikan usaha membubarkan DUN lebih awal semata-mata untuk kepentingan politik jangka pendek. Rakyat tidak dilayan. Janji tidak ditunaikan.

    "Tindakan itu sebagai bukti bahawa Umno lebih sibuk berkempen dan mencipta musuh politik berbanding menyelesaikan masalah kebajikan rakyat," katanya.

    DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh-tarikh penting PRN itu pada 12 Jun, serentak dengan PRN Negeri Sembilan.

    Johor kali terakhir mengadakan pilihan raya pada Mac 2022, apabila BN memperoleh majoriti dua pertiga selepas memenangi 40 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

    PH menang 13 kerusi manakala PN pula memperoleh tiga kerusi.

    Bagaimanapun, pilihan raya 2022 turut mencatatkan antara peratusan keluar mengundi terendah, iaitu 54.92 peratus, walaupun jumlah pengundi meningkat kepada lebih 2.5 juta susulan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah