33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanya pembangkang, kerajaan belum dapat draf MoU – Fadillah

    Shopee Sale

    Kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pembangkang berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

    “Tanya pembangkang.. belum dapat lagi, belum dapat respons daripada mereka,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis TVET Competent Suruhanjaya Tenaga (ST) - Energy Transition Catalyst di Putrajaya hari ini.

    Pada 20 Ogos lepas Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata sudah menerima draf MoU tersebut dan akan membincangkannya dalam masa terdekat.

    Pada 9 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyatakan isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.

    MENARIK:  FGV terima tawaran pengambilalihan tanpa syarat dari Felda

    Beliau berkata syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

    Draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah