34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika El Nino bertambah buruk

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia menangguhkan sebarang aktiviti luar bilik darjah jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini bertambah buruk.

    Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata KPM tidak mahu sebarang perkara di luar jangkaan berlaku terutama membabitkan kesihatan para pelajar.

    “Buat masa ini KPM akan terus berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau keadaan cuaca dan juga status kesihatan para pelajar ini.

    “Kami juga akan keluarkan garis panduan dari semasa ke semasa kepada pihak sekolah bergantung kepada keperluan keadaan.

    "Apa-apa pun keutamaan adalah kepada kebajikan dan kesihatan anak-anak,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan di Ipoh hari ini.

    Pada 4 Feb lalu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta supaya guru dan ibu bapa memantau keadaan anak mereka ketika berdepan cuaca panas akibat El Nino.

    Fadhlina turut menjelaskan KPM mempunyai garis panduan berkaitan fenomena cuaca yang digunakan bagi memberikan peringatan dan nasihat mengikut keadaan semasa di peringkat sekolah.

    MENARIK:  Menteri ucap takziah kepada keluarga anggota tentera terkena tembakan

    Sementara itu, Wong berkata meskipun terdapat aduan berhubung Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dilaporkan kepada KPM namun kesemuanya dapat diselesaikan.

    “Antara aduan yang diterima terarah kepada isu teknikal. Contohnya, isu pertukaran sekolah. Bagaimanapun perkara itu dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

    Dia berkata KPM meminta supaya mana-mana individu atau penjaga yang masih belum menerima BAP supaya membuat aduan kepada kementerian atau pihak sekolah.

    "KPM sendiri sedia membantu dan akan pastikan bantuan berkenaan sampai kepada mereka,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah