26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanah runtuh di Wang Kelian: Hampir 400 mangsa terkandas

    Shopee Sale

    Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, sekitar 1 tengah hari tadi berikutan hujan berterusan sejak awal pagi hari ini.

    Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata mereka terdiri daripada 300 rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan selebihnya penduduk setempat yang terjejas banjir.

    Mohd Shokri berkata mereka kini ditempatkan di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

    MENARIK:  Berhibur di Golok: 3 anggota polis ditukarkan

    "Keadaan mereka selamat di masjid ini sebab kawasan situ agak tinggi.

    “Pihak polis bersama agensi lain seperti bomba, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) berada di sana bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

    Mohd Shokri berkata setakat malam ini laluan di jalan berkenaan masih belum dibuka kerana bimbang berlaku pergerakan tanah memandangkan keadaan masih hujan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah