25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak wajar terima ahli daripada parti lain dalam kerajaan perpaduan sewenangnya’

    Shopee Sale

    Umno masih belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi Tengku Zafrul Abdul Aziz, kata setiausaha agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.

    Asyraf Wajdi dalam kenyataan malam tadi berkata Umno memandang serius niat peletakan jawatan ketua Umno Bahagian Kota Raja itu kerana ingin menyertai PKR.

    “Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

    “Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sehingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya.

    MENARIK:  Bilik darjah RM500k: MCA persoal harga melebihi rumah mampu milik

    Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh memberitahu Bernama yang dia akan mengulas mengenai perkara itu hari ini.

    Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno.

    Menurut Tengku Zafrul, dia juga telah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Fuziah presiden Anwar Ibrahim.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah