26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 mulai hari ini

    Shopee Sale

    Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan permohonan itu dibuka mulai 10 pagi ini.

    “Berita baik untuk semua pelajar IPT, anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySISWAPLACE,” menurut hantaran itu.

    Pada Isnin lepas, KPT dalam kenyataan memaklumkan fasa kedua inisiatif itu akan memanfaatkan lebih sejuta pelajar, dengan penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif hingga 31 Mac 2024.

    MENARIK:  Penggantungan Nafas masih berkuat kuasa

    Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE menerusi pautan https:/mysiswaplace.my bermula 30 Okt.

    Portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah