Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli gagal mempertahankan kerusi disandangnya dalam pengundian parti hari ini, menurut sumber tidak rasmi.
Keputusan itu diumumkan oleh seorang pegawainya sebentar tadi, sumber dalaman parti serta ejen kiraan yang enggan namanya didedahkan.
"Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya," kata Syukri Razab di media sosialnya.
Keputusan rasmi dijangka diperoleh malam ini.
[Berita penuh menyusul]





