26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Tak ada prinsip' – peguam selar penyokong Anwar

    Shopee Sale

    Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen menyelar penyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menggesa boikot terhadap rancangan radio Hot FM.

    Menyifatkan mereka tidak mempunyai prinsip, Eric membandingkan reaksi terhadap poster satira bekas perdana menteri Najib Razak satu ketika dulu dengan dakwaan Khairy Jamaluddin mengejek Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa rancangan stesen itu.

    "Dulu poster Najib badut - satira, kebebasan bersuara, hak demokrasi, diktator, kuku besi dll.

    "Kini KJ sindir, buat lawak Anwar - tak boleh pula. Zero principles," kata Paulsen di laman X.

    Gesaan boikot dibuat selepas klip disiarkan di TikTok, menunjukkan Khairy menyindir bahawa jika dia memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian akan datang, dia akan menjamu semua orang makan.

    ““saudara-saudara, kalau menang hari ni, esok…kita makan ramai-ramai,” kata bekas menteri itu sambil ketawa.

    MENARIK:  Penyelia kilang rugi lebih RM1 juta terperdaya tawaran perniagaan dalam talian

    Walaupun tidak menyebut perdana menteri, pilihan kata, nada dan cara penyampaian itu dibandingkan dengan janji Anwar yang sering diulang-ulang pada masa lalu seperti - “Hari ini saya menang, esok harga minyak turun."

    Beberapa netizen tidak berpuas hati, menyatakan bahawa mencemuh perdana menteri adalah tidak wajar, manakala yang lain mengatakan ia hanya gurauan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah